Posted by : Unknown Rabu, 29 Mei 2013

Pasar Baru antara lokasi paling popular bagi warga Malaysia bershopping sakan, penuh bag ditangan, Pak Supir akan hantar ke mobil pastu shopping lagi, lagi dan lagi hihi..yelah dah nama pun shopping..cuba sekadar mengingati kepada mereka yang baru pertama kali atau dah berkali kali pun kena juga, penyeluk saku ramai di sini, pastikan pak supir ada berdekatan, mereka tak berani sekiranya ada warga local bersama kita. Klu nak makan di tingkat atas, pastikan beli terus di kaunter dan tanya betul betul harganya, di Indonesia, mark up harga adalah perkara biasa apatah klu kita dari Malaysia. Klu kesian dan nak beli air yang dijaja pendagang, suruh saja pak supir tolong belikan, klu kita beli, harga air mineral terus jadi RP7000 padahal harga sebenar hanyalah RP2000. Klu shopping disini, tawarlah sehingga 60-70%, saya klu ke sini cuma cari baju koko jenama Ramli saja.

Jangan sekali kali makan di gerai ini, terutama bila pak supir tidak bersama, mereka akan sembelih pelanggan cukup cukup, nielah masalah di Bandung, tipu menipu perkara biasa..halal haram dah tak peduli, berbanding dengan Bali, walaupun 93% penduduk Bali adalah beragama Hindu, jarang sangat jumpa pelancung di tipu, menurut rakan rakan di Indonesia, " buat hal dengan pelancung, bermakna, mati " mungkin sebab itulah Bali sentiasa penuh dengan pelancung dari pelbagai negara..


Peringatan dari pihak pengurusan Pasar Baru, dah banyak sangat orang duk komplen..

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Diberdayakan oleh Blogger.

- Copyright © Wisata di Bandung -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -